Sunday, June 28, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

Pilihanraya datang lagi.Kali ini di negeri Kelantan.Negeri di bawah Pemerintahan PAS.Calon-calon bagi Parti Pas telah pun di umumkan begitu juga calon dari Barisan Nasional.Letih sangat rasanya untuk melihat satu lagi Pilihanraya.Walaupun saya bukan pengundi dan rakyat Kelantan.Tetapi untuk mendengar,melihat,mengikuti satu lagi "Perang"dalam merebut sebuah kerusi bisu yang menjadi satu lambang kekuatan dan kekuasaan sesebuah Parti Politik,tak kira di Negara ini maupun di Negara-Negara di Dunia.
Pilihanraya kecil ini walaupun tidak dapat di elakkan Takdir dan Ajal-Maut kerana Kematian Adun Manek Urai bukan kehendak manusia.Semua ketentuan Ilahi tiada sesiapa dapat menolaknya.
Tetapi pilihanraya ini sekali lagi menemukan dua Parti Orang Melayu beragama Islam.Parti yang sememangnya menjadi dua Parti yang mewakili orang melayu..selalu saya sedih bila dua Parti ini bertembung.Ini kerana akan adalah caci,hamun ,fitnah menfitnah sesama sendiri,terutama di pihak Parti Pas.Akan bergegarlah kawasan Manek Urai tak kira siang atau malam.Ceramah-ceramah di sana-sini di ceruk pelusuk kawasan manek Urai ini.Tanpa mereka sedari mereka menelanjangkan saudara mereka sendiri,iaitu saudara sesama Islam.
Tapi demi Kuasa,Kekuatan dan Nafsu memerintah semua di buang dan di tolak ketepi.Sanggup memakan saudara seagama sendiri demi kepentingan sendiri.Sanggup menolak sesama Agama dan sanggup memeluk dan duduk sesama musuh Islam demi menegakkan keangkuhan diri.
Sedih sekali apabila mengenangkan mengapa umat Nabi akhir zaman ini,sebagai umat yang begitu istimewa sebagai Umat Nabi Muhammad bermusuhan,bertentangan pendapatan didalam arus pesada politik yang tiada kesudahannya.
Saya sedih mengapa para Ulama dan Pemimpin Islam tidak duduk semeja,tidak mahu bertentang mata bagi mencari satu titik penyelasaian dan bagi kemurnian Agama ALLAH yang indah ini.Di mana letaknya keindahan Islam itu.Di mana perginya nilai-nilai keperimanusiaan di benak kepala para Imam dan yang di katakan Pejuang Islam.
Saya sedih mendengar tempohari Presiden Amerika sendiri,Obama telah menyatakan bahawa beliau sesememangnya mengakui Malaysia sebagai Negara Islam yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan Agama.Obama juga mengagumi Negara Malaysia sebagai Negara Islam yang mempunyai berbagai bangsa dan Agama.Malaysia kata Obama amat isteimewa dan unik.
Apa lagi yang rakyat maupun Pemimpin dalam Parti Pas maukan,sedangkan malaysia sudah di akui oleh seorang pemimpin Bangsa Asing yang Besar seperti Presiden Obama.
Renung-Renung dan Fikir-Fikirkan lah wahai saudara seagama Islam sekelian.

Thursday, June 25, 2009

RAJA BERJIWA RAKYAT

Semalam saya menghadiri Majlis Perasmian Pakej Pelancongan Orang Asli oleh Kementerian pelancongan Malaysia di sebuah Kampong di Daerah Cameron Highlands.Seronok melihat orang kita dari setiap pelusuk kampung-kampung yang berdekatan di Daerah ini datang dengan bersemangat.Semangat mahu melihat dengan mata sendiri Raja yang di kasihi Tengku Mahkota Pahang,apa tah lagi di iringi Tengku Puan Pahang.
Seronok saya lihat mereka tersenyum puas melihat Raja yang berjiwa Rakyat.Tengku berdua tidak jemu melemparkan senyuman dan bersalam dengan rakyat suku kaum orang Asli tanpa kenal jijik atau kotor memegang kepala anak-anak orang Asli,memeluk dan mendokong mereka.
Saya berkesempatan bertanya kepada beberapa Orang Asli yang hadir,mereka amat berbangga dan amat menyayangi Raja mereka yang dianggap benar-benar berjiwa rakyat dan ikhlas kepada rakyat,tak mengira apa bangsa pun.Bagi mereka tiada yang lebih bermakna dari kesudian Tengku berdua mencemar Duli datang ke Majlis tersebut dan senyuman tak pernah surut di bibir Tengku Berdua sepanjang majlis berlangsung,walaupun dari jauh mereka datang dengan bersusahpayah dari pendalaman,tetapi mereka puas.
Diakhir majlis Tengku Puan Pahang sempat bersama-sama menarikan tarian tradisional Orang Asli dan menyampaikan sedikit wang kepada anak-anak Orang Asli sebagai tanda Tengku Berdua amat menyayangi rakyat jelata.

Monday, June 22, 2009

PETUALANG BANGSA

Malam semalam dalam buletin TV3,tiga tonggak Pakatan Rakyat keluar memberi kenyataan.
Salah seorangnya DSAI.Dengan wajah angkuhnya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Pepaduan adalah agenda jahat dari UMNO.Alahai DSAI awak tak bertanya ke kat orang sebelah
(Haji Hadi).Kalau pun Kerajaan Perpaduan tersebut benar-benar ingin direalisasikan,apa yang DSAI takutkan.Kalu awak benar-benar orang Melayu ( tak taulah kalau DSAI sudah menjadi Mat Salleh kerana selalu ke LUAR NEGARA)mengapa beria-ia benar menentang Kerajaan Perpaduan ini.Ada agenda lain terhadap PAS barangkali.
Dahulu DSAI menyerang,memecah-belah,membuat kekalutan dalam UMNO,sekarang DSAI menghasut dan memecah-belah pulak dalam PAS,apa agenda sebetulnya bagi seorang yang bernama DSAI .Baginya tiada anak bangsa di bumi sendiri.Bumi melayu yang telah banyak menyaksikan Perpaduan dan jatuh bangunnya anak bangsa melayu.
Dahulu begitu payah pejuang-pejuang nenek moyang kita membawa bangsa Melayu ke persada
Dunia.Dengan begitu mudah bangsa Melayu hendak di ketepikan hak-hak di Tanah tumpahnya darah bangsa Melayu.Bukan berbau perkauman,tetapi ini hakikat yang tak dapat dipertikaikan
oleh mana-mana kaum.
Tidak bolehkah rakyat Malaysia hidup seperti dahulu,aman dan damai.
Ada satu cerita yang di keluarkan oleh TV3,dimana orang Melayu mengagih-agihkan kuih yang dibuat kepada jiran-jiran tidak mengira bangsa Melayu,Cina dan India.Di mana keluarga Cina memberi ayam untuk di sembelih oleh orang melayu dan dibuat kari oleh orang India.Di makan sesama mereka dengan gembira bersama-sama.
Apa yang ingin di tonjolkan adalah untuk membuat sesuatu perkara (contohnya kari Ayam tersebut) perlukan kerjasama sesama manusia mengikut kepandaian dan kemahiran,budaya sesuatu kaum.Kuih Tradisional Melayu diagih-agihkan kepada jiran-jiran kerana ianya dimakan dan disukai oleh semua bangsa,Ayam diberi oleh Bangsa Cina yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang ternakan(contohnya),di sembelih oleh orang melayu dimana fahaman Keagamaan sesama kaum di hormati dan masakan kari adalah kepakaran orang-orang India.
Maka segala usaha dan gabungan dari semua bangsa Melayu,Cina dan India masakan Kari itu dapat di nikmati bersama-sama, tanpa dipertikaikan bangsa mana yang memberi lebih tenaga untuk membuat masakan kari tersebut.
Fahaman saya mungkin itulah apa yang ingin di sampaikan oleh Perdana Menteri kita,iaitu I Malaysia.Di mana bangsa Melayu tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri di samping kepentingan semua kaum tidak di ketepikan.
Harap DSAI melihat semua ini dengan mata hati.Bukan dengan mata dan teliga sahaja.
I Malaysia.

HARI BAPA

Semalam, kami menyambut hari bapa (yang kami panggil abah) dengan berkumpul adik-beradik di rumah warisan abah kepada kami dan mak.Tiada apa yang istimewa yang kami buat hanya berkumpul bersama mak yang kami rasa tak tahu pun semalam adalah hari bapa. Maklum mak orang kampung tak tahu apa itu hari ibu,hari bapa kerana zaman dulu-dulu tiada hari-hari istimewa bagi mereka.
Masih saya ingat abah memang garang orangnya.Semua adik-beradik sememangnya amat takut sekali apabila abah marah-marah.kami 4 beradik membesar tanpa kasihsayang yang di tunjukkan oleh abah.Tapi jauh di sudut hati kami tau abah amat menyayangi anak-anak.
Walau abah tak pernah tunjuk kasihsayang,tetapi sebagai anak kami tahu pengorbanan abah tidak ternilai dan kasihsayang abah sampai ke mati.
Walaupun kini tiada lagi kata-kata kasar,tiada lagi keruh wajah,tiada lagi kegarangan wajah,kami tetap sayangkan abah.
Al-Fatihah kepada Arwah Abah.
Abdul manaf Bin Abdul Samad