Tuesday, March 16, 2010

APABILA MANUSIA DI LUAR PERTIMBANGAN AKAL

SELEPAS KITA DIKEJUTKAN DENGAN KES-KES BAYI DIBUANG DENGAN TIDAK ADA RASA BELAS EHSAN...SELEPAS KES PENDERAAN KANAK-KANAK...SEKALI LAGI HATI INI TERSENTAK...SITI ZUBAIDAH YANG HANYA BERUSIA 11 TAHUN MENJADI MANGSA....APA YANG LEBIH MEMERANJATKAN BAPA KANAK-KANAK ITU SENDIRI,HUSSIN MAT SALLEH SANGGUP MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK SENDIRI..YANG PERJALANANNYA MASIH JAUH.......SEKETIKA MATA MENJELING ANAK SENDIRI YANG SEBAYA SITI ZUBAIDAH.....PEDIH PERUT MENGANDUNGKAN TIDAK HILANG LAGI RASANYA......SANGGUP SI BAPA MEMPERLAKUKAN ANAK SENDIRI SEBEGITU RUPA.....ITULAH APABILA NAFSU MENGAWAL AKAL......APABILA SUDAH TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT......SANGGUP MEMPERJUDIKAN ANAK SENDIRI..........
SEKETIKA MEMBAYANGKAN NASIB SITI ZUBAIDAH YANG TIDAK TAU APA-APA....
MASIH JAUH PERJALANAN ANAK ITU.....
APAKAH TIADA LAGI DIDUNIA INI RASA CINTA DAN KASIH SAYANG SEORANG AYAH,SEORANG IBU DAN RASA KASIH SEORANG INSAN KEPADA INSAN LAIN......

Friday, March 5, 2010

SALAH SIAPA BILA KES PENDERAAN BERLAKU LAGI...

Minggu lalu Negara di gemparkan dengan berita kematian seorang budak perempuan comel yang tidak sempat menjejak kaki ke sekolah.Sedangkan itu yang di angan-angankan.
Sedih,pilu,hiba....sehingga airmata tak sedar mengalir....betapa perit dan pedih rasanya mengandungkan anak-anak....terasa-rasa lagi kesakitan saat kelahiran anak-anak...
Bila terpandang wajah comel,mungil itu..tak sanggup rasanya membayangkan betapa tubuh itu menahan kesakitan,tanpa jeritan yang terpendam...betapa seksanya budak sekecil itu untuk menangung kesakitan...apa tah lagi kita yang dewasa ini....
Terjatuh sedikit pun kita terasa sakitnya..inikan pula...apabila mendengar keputusan ujian doktor yang memberitahu betapa kerosakan yang berlaku terhadap sekujur tubuh kecil comel itu...ngeri,nyilu nak menyatakan..betapa sakitnya...
Cuma mungkin saat kematiannya...Allah mengurangkan seksanya...itu doa seorang ibu yang punya anak ini.....
Di mana nilai seorang manusia,seorang ibu....tidak sedarkah semasa melakukan tindakan sebegitu rupa terhadap sikecil yang tak berdaya....Kalau pun sikapnya yang nakal,kalau pun jiwa sedang berserabut masalah,kalau pun perasaan benci bersarang.....mengapa di lepaskan kepada tubuh kerdil itu...kalau pun anak itu bukan darah daging.....mengapa dia di perlakukan sedemikian...tubuh itu tak mampu melayan...bukan kudratnya melayan...maka sesuka hati di perlaku seperti memijak semut yang mengigit....
Di mana hati,perasaan kasih,naluri seorang ibu....sanggup membiarkan si anak di bawah jagaan orang yang belum pasti keimanannya....Dimana...Dimana...butakah mata jika si anak tidak kelihatan tanda-tanda lebam,keluh,ketakutan...Tidak pernahkah si ibu memeriksa tubuh kecil itu semasa mandi atau tidurnya.....Atau langsung tidak pernah memandang ke dalam anak matanya...merenung matanya....Atau si ibu sibuk dengan tugas seharian,maka terbiar anak kecil itu menangung derita sekian lama......
Semua itu tidak terjawap oleh kita yang diluar ini......
Hanya Seorang Ibu saja yang maha mengetahui.......
Semoga Rohnya tenang....abadi di sana....menjadi ahli-ahli SYURGA......AMIN.....