Tuesday, September 8, 2009

PILIHANRAYA..PILIHANRAYA..LAGI...

Sudah agak lama tak menulis..dek dihambat kesibukan tugas-tugas harian,bukan terlupa tapi tak berkesempatan untuk menulis catatan baru...
Kita dikejutkan lagi dengan berita seorang lagi Adun meninggal Dunia...Semoga Rohnya di Rahmati Illahi..Al-Fatihah..
Kali ini di kubu kuat BN pula...Selepas kekalahan kerusi yang dimiliki BN di Parlimen Kuala Terengganu,apakah kali ini BN dapat mempertahankan kerusi milik BN...itu persoalannya...
BN kali ini perlu mengerah segala keringat,ideal,gerakkerja,kerjatumpu serta tidak lagi diawang-awangan....tidak lagi petugas-petugas BN maupun UMNO bersidai dikedai-kedai kopi...berehat,lepak dan pergi bertugas ke Kawasan Pilihanraya tanpa arah tujuan,tanpa matlamat...tidak lagi membiarkan bilik-bilik gerakan yang dibuka kosong selepas pukul 10.00 ke atas malam...
Kali ini BN perlu musabah diri melakukan perubahan yang amat diperlukan bagi meninggikan maruah yang kian tercalar,apabila kekalahan demi kekalahan di terima....
Berbagai-bagai sudut dan faktor yang perlu UMNO dan BN lihat...
Yang terpenting adalah calon wakil dari BN...Mestilah seorang yang benar-benar bersih,bukan saja peribadi malah hati juga kena bersih dan amanah,jujur untuk membela rakyat dan masyarakat....
Semoga pilihan kali ini adalah tepat....

1 comment:

  1. Salam, UMNO-BN kalau masih mengekal cara-cara takok lama, maka terjadilah sebagaimana yang telah lalu......harap-harap UMNO dapat mempelajari dari kesilapan yang lalu....

    ReplyDelete