Thursday, November 12, 2009

MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ MEMBATALKAN PERMERGIAN DIA GAN KELUARGA KE MEKAH...TERKINI DARI KELANTAN...

Apa yang di dengar...Tok Guru membatalkan permergian mereka sekelurga ke Mekah hari ini...
Mengapa? Ada pulak boleh batal...power tak powernya Tok Guru kita ni...Kalau gitu kalu rasa nak batal dan tanggung SembahYang dahulu boleh lah ya Tok Guru...
Apakah pembatalan tersebut kerana isu penajaan Tok Guru Nik Aziz ke Mekah adalah dari sebuah Syarikat....
Dengar dari Syarikat Abroad Telchnology Centre Sdn Bhd...Syarikat yang memasang Billboard di seluruh Negeri Kelantan untuk Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)....
Ya la..bertuah badan dapat penajaan pergi Mekah setiap tahun...
Alasan orang yang menaja...JIHAD...
Entahlah tak faham apa erti JIHAD zaman ini dengan JIHAD zaman Nabi dahulu....
Apa nak jadi dengan orang-orang Islam sekarang...Mengung-agungkan batang Tubuh manusia lain yang di anggap JIHAD...Gambar seseorang digantung,dibawak tidur...di anggap JIHAD akan masuk SYURGA....Jangan-jangan SembahYang mengadap Gambar orang tersebut ????? eh takutnya dengar.......
Apa yang lebih mengejutkan pengakuan yang dibuat...selipar yang dipakai oleh seseorang itu pun jika diambil dan dicium ( agaknya lah )pun dikira JIHAD....eh takut...tak nak Fitnah....BERDOSA....
Isu pergi ke Mekah di taja ini dah lama di dengar....tapi sekarang baru terbukak....Apa yang nak di gelarkan kalu itu JIHAD...Rasuah atau Sedekah untuk JIHAD....kalu pun nak bersedekah banyak lagi Fakir miskin yang mengharapkan belas kasihan untuk di beri sedekah....
Banyak Pahala dan ini lebih menjamin masuk SYURGA...sebab amalan sedekah dari harta kita akan menjaga harta kita di Akhirat nanti....
Tapi kalau tuan empunya badan nak bersedekah dengan cara menghantar Seorang ULAMA pergi Mekah adalah satu JIHAD...no komen...
Bertuah..Bertuah jadi Ahli ULAMA rupanya ya...
Mak Ayah kita dahulu pergi Mekah berkerja membanting tulang emapat kerat...kumpul duit sikit-sikit....begitu juga dengan orang-orang yang bekerja kampung menoreh getah,menanam padi,mencari ikan di laut....Baru dapat pergi Mekah..Itu pun bertahun-tahun baru dapat pergi...Jika rezeki dapatlah pergi 2 kali..kalu tak ada rezeki dapat pergi untuk yang pertama dan terakhir sebelum meninggal...Ini ada yang dapat pergi setiap tahun dengan JIHAD dari orang-orang bawahan...Rezeki jugak namanya.....
Bila terkenangkan arwah abah yang hanya dapat pergi sekali saja dalam hidup sebelum meninggal....sayu dan terkedu...Ialah dia bukan ULAMA.....

Monday, November 9, 2009

BERFIKIR SECARA KREATIF

Baru-baru ini saya telah mengikuti satu kursus bagaimana untuk berfikiran kreatif.
Bagi saya kalau kita sebagai manusia semua berfikiran kreatif dan menggunakan fikiran kreatif yang telah sememangnya di bagi oleh ALLAH s.w.a kepada semua manusia di dunia ini...tidaklah ada banyak yang berfikiran tak waras dikalangan kita....
Kalau kita semua menggunakan kaedah-kaedah yang dibagi bagi menyelesaikan semua masalah dengan kreatif dan berfikran positif ( seperti yang telah saya pelajari semasa berkursus tersebut)...maka akan berubahlah fikiran TOK GURU NIK AZIZ kita tentang hal PERPADUAN bersama KERAJAAN dengan PAS....
Bagi saya TUAN HAJI HADI AWANG...Presiden PAS telah menggunakan fikiran kreatif....begitu juga saudara NASHSARUDDIN dan HASSAN ALI.....mereka semua menggunakan fikiran kreatif untuk memikirkan satu PERPADUAN dengan UMNO......
Mengapa TOK GURU NIK AZIZ tak boleh menggunakan fikiran kreatif yang telah dianugerahkan kepada beliau untuk memikirkan perkara-perkara ke arah kebaikan dan ke arah perpaduan sesama UMAT ISLAM....yang berugama ISLAM....SembahYANG ke arah yang sama.....Matlamat hidup adalah Sama,SYURGA....Apakah TOK GURU NIK AZIZ tidak memandang orang-orang UMNO ini saudara dia,saudara sesama ISLAM....ISLAM itu bersaudara......
Ini timbul pula isu sumpah setiap ahli Politik PAS berkenaan menceraikan isteri-isteri dengan talak 3 jika keluar dari Parti........
Apakah yang ada dalam fikiran setiap ahli PAS sehingga sanggup bersumpah sedemikian rupa....sanggup mengadaikan satu ikatan yang suci,,ikatan yang telah di tentukan oleh ALLAH s.w.a kepada Hamba-hambaNYA yang beriman.....
Sanggup mengadaikan maruah seorang isteri,seorang wanita,perempuan,seorang ibu,....semata-mata untuk pejuangan politik semata-mata......Apakah ISLAM itu adalah kepunyaan PARTI PAS sahaja di dunia ini.....UMAT ISLAM lain yang tidak ber..PARTI kan PAS adalah bukan ISLAM.....sehingga sanggup bersumpah demi PARTI POlitik semata-mata..........
Dimana fikiran POSITIF pemimpin-pemimpin PAS....Di mana fikiran Kreatif mereka...atau mereka terlalu berfikiran kreatif dan terlalu kreatif maka SUMPAH tersebut menjadi syarat untuk seseorang pemimpin PAS memegang sesuatu JAWATAN POLITIK.....
Hanya mereka dan keluarga mereka mengetahui............

Tuesday, October 13, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Hari semalam bermulanya Perhimpunan Agung UMNO..satu Parti Keramat milik nenek-moyang kita yang kita warisi kini,sebagai penyambung warisan melayu...

Parti ini sememangnya Keramat..mendengar dan mendendangkan lagu UMNO,terasa hati nyilu,

bulu roma merembang seluruh badan...

BERSATU KITA BERSATU,MENCAPAI HASRAT SEMUA,BERJASA PADA BANGSA

(MELAYU),AGAMA DAN NEGARA...LAMBANG (MELAYU) KITA YANG GAGAH, DI

PANDANG MULIA DAN INDAH,BERSATU BERSETIA,BERKHIDMAT CONGKANG KATANYA...UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MELAYSIA.......

Bersatu,adakah kita bersatu...

Capai Hasrat semua Pemimpin, adakah ahli UMNO telah menyempurnakan hasrat semua...

Berjaya pada bangsa...UMNO yang berjasa kepada bangsa Melayu,adakah bangsa melayu sekarang mengenang UMNO yang telah berjasa kepada mereka....Berjasa kepada Agama,

sedangkan ada Parti yang bertunjangkan Agama menuduh UMNO tak berteraskan Agma Islam sebenar...

Lambang UMNO yang gagah...adakah masyarakat sekarang melihat Lambang Keris itu gagah,sedangkan bila kita menghunus Lambang UMNO tersebut,kita terpaksa memohon maaf.....

Bersatu,berkhidmat,bersetia...adakah ia tinggal hanya congkangkata UMNO saja....sedangkan ada kalangan mereka dalam UMNO,merebut jawatan,merebut nama,pangkat dengan mendapatkannya walau dengan cara tak halal dan bermaruah.....

UMNO terus mara.....Bolehkah UMNO bertahta sebagai Parti Keramat di Mata rakyat...

Inilah perkara yang mesti setiap anggota UMNO lihat,jika inginkan UMNO berubah....

Adakah perwakilan menghayati kata-kata Timbalan Presiden UMNO dalam ucapan beliau semalam...tidak ada lagi team A , team B....cantas mencantas...jika ahli UMNO dapat berlapang dada,mengingati pejuangan asal nenek-moyang dalam membawa WARDAH PERJUANGAN UMNO sebenar...Mempunyai hasrat yang benar-benar semangat perjuangan,jati diri dan sebatikan diri kedalam Parti UMNO itu...Nescaya UMNO benar-benar berubah.....

Jadikan semua dari kita (Ahli UMNO) sebagai rakan...pegang dan jabat tangan dan bersama-sama melangkah ke hadapan...tanpa meninggalkan sesiapa dibelakang..berjuang bersama-sama dalam susah dan senang...dalam kesenangan bersama-sama...dalam susah juga bersama-sama..

Jangan ada lagi rakan tapi musuh dalam jawatan...Jangan ada lagi sengketa...Jangan ada lagi api permusuhan antara yang lama dan baru....

Yang lama di kenang,Yang baru mengenang....Yang Muda Belajar,Yang Tua Mengajar......

SELAMAT BERSIDANG.......

Tuesday, September 8, 2009

PILIHANRAYA..PILIHANRAYA..LAGI...

Sudah agak lama tak menulis..dek dihambat kesibukan tugas-tugas harian,bukan terlupa tapi tak berkesempatan untuk menulis catatan baru...
Kita dikejutkan lagi dengan berita seorang lagi Adun meninggal Dunia...Semoga Rohnya di Rahmati Illahi..Al-Fatihah..
Kali ini di kubu kuat BN pula...Selepas kekalahan kerusi yang dimiliki BN di Parlimen Kuala Terengganu,apakah kali ini BN dapat mempertahankan kerusi milik BN...itu persoalannya...
BN kali ini perlu mengerah segala keringat,ideal,gerakkerja,kerjatumpu serta tidak lagi diawang-awangan....tidak lagi petugas-petugas BN maupun UMNO bersidai dikedai-kedai kopi...berehat,lepak dan pergi bertugas ke Kawasan Pilihanraya tanpa arah tujuan,tanpa matlamat...tidak lagi membiarkan bilik-bilik gerakan yang dibuka kosong selepas pukul 10.00 ke atas malam...
Kali ini BN perlu musabah diri melakukan perubahan yang amat diperlukan bagi meninggikan maruah yang kian tercalar,apabila kekalahan demi kekalahan di terima....
Berbagai-bagai sudut dan faktor yang perlu UMNO dan BN lihat...
Yang terpenting adalah calon wakil dari BN...Mestilah seorang yang benar-benar bersih,bukan saja peribadi malah hati juga kena bersih dan amanah,jujur untuk membela rakyat dan masyarakat....
Semoga pilihan kali ini adalah tepat....

Thursday, August 13, 2009

TOK GURU NIK AJIS..APA SEBENARNYA YANG TERSIRAT DENGAN DAP

Terkejut bila dengar kenyataan dari seorang yang dianggap oleh penyokong-penyokong PAS sebagai orang yang bertaraf TOK GURU,Bertaraf seakan-akan WALI di bumi ini.Seorang yang mendapat kepercayaan yang amat tinggi dikalangan pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong beliau,apa tah lagi bagi orang Kelantan.Orang yang setiap pagi Jumaat akan membaca Kitab-Kitab di Masjid di tengah-tangah bandar Kota Baharu.
Kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari seorang yang menganggap selama ini perjuangannya dalam Politik adalah PEJUANG ISLAM TULEN....Tidak seperti perjuangan Orang-Orang dan PEMIMPIN_PEMINPIN dalam UMNO...Pejuangan yang suci dan semata-mata menegakkan ISLAM.....Tetapi MENGAPA...akhir-akhirnya terkeluar dan tersimpang jauh dari haluan...Mula-mula menghina dan mengeluarkan kata-kata PERGI JAHANAM UMNO....sekarang seakan-akan menyokong kenyataan dari salah seorang ahli DAP....menghina Orang ISLAM dan Melabelkan ISLAM PENGANAS....ISLAM itu Ganas......Dimana terletaknya Perjuangan sebenarnya TOK GURU NIK AJIS kita....Sepatutnya beliau yang dulu ke barisan hadapan dikalangan Orang-orang ISLAM,apabila Maruah ISLAM itu di hina sedemikan.....Baru lah PEJUANG ISLAM yang tulen.....OH..lupa PAS sekarang sudah bergabung dengan Parti DAP,sudah berpeluk mesra bersama DAP,sudah boleh tidur sebantal dengan DAP,sudah boleh makan sepinggan (barangkali)dengan DAP....Lupa..UMNO kafir,UMNO bukan PEJUANG ISLAM,UMNO entah apa lagi gelaran yang diberi oleh NIK AJIS....biar MATI BANGSA DAN AGAMA, Jangan MATI KUASA...tak gitu TOK GURU....
sedih...sedih..melihat orang MELAYU sudah kehilangan MARUAH demi KUASA di BUMI...Dimana lagi PARA ULAMA,PARA PEJUANG ISLAM di BUMI MALAYSIA ini....kalau yang di katakan ULAMA sudah terpesong jauh....Orang bukan ISLAM sudah berani angkat muka...sebab Orang yang berlandaskan UGAMA sendiri memberi dorongan kepada mereka..membenarkan ISLAM di hina....
Dan semalam kita sekali lagi dikejutkan oleh satu lagi kehilangan...kehilangan seorang PEJUANG ISLAM (walau dari bidang yang lain dari politik...) Ustaz ASRI IBRAHIM...seorang PEJUANG ISLAM TULEN melalaui lagu-lagu dakwah kumpulan RABBANI....AL_FATIHAH untuk Ustaz ASRI...TUHAN menyayangimu....

Wednesday, July 29, 2009

KEHILANGAN SAHABAT DAN TEMAN SEPERJUANGAN

Saya tersentak,kelu takala di beritahu tentang kehilangan seorang sahabat,teman sepejabat yang selama ini saya hormati sebagai "Orang lama dalam Jabatan".Terasa tak percaya rasanya,maklum ketika itu dalam perjalanan pulang bercuti dari kelantan bersama keluarga.
Selama ini beliau tiada menampakkan tanda-tanda menanggung sakit kerana sentiasa tenang,ceria dengan gurau-senda ketika bertugas bersama-sama dalam Pejabat...Sebetulnya telah lama kami tak berjumpa kerana di hambat kesibukan berkursus dari 9hb julai lalu hingga ke tarikh akhir beliau meninggal..Kebetulan pulak kami tak di beri kesempatan bersua.walaupun satu Pejabat.
Hanya yang terakhir kali saya menghubungi beliau dari hotel tempat berkursus memaklumkan satu seminar yang perlu beliau hadiri pada hari Khamis 23hb julai 4 hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari ahad 26/07/2009,pukul 5.40 petang di Pantai Medical Centre,Kuala lumpur.
Selamat tinggal Mr.Parimanan Sinnan........

Wednesday, July 15, 2009

KEKALAHAN YANG TIDAK DI TANGISKAN

Kemenangan PAS di Manek urai tidak dapat mengapankan lagi UMNO,seperti yang di war-warkan oleh PAS dalam kempen-kempen mereka selama ini.Kemenangan 65 undi PAS amat memalukan.
Jadi kekalahan BN di Manek Urai membakar semangat bukan di tangiskan.

Sunday, June 28, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

Pilihanraya datang lagi.Kali ini di negeri Kelantan.Negeri di bawah Pemerintahan PAS.Calon-calon bagi Parti Pas telah pun di umumkan begitu juga calon dari Barisan Nasional.Letih sangat rasanya untuk melihat satu lagi Pilihanraya.Walaupun saya bukan pengundi dan rakyat Kelantan.Tetapi untuk mendengar,melihat,mengikuti satu lagi "Perang"dalam merebut sebuah kerusi bisu yang menjadi satu lambang kekuatan dan kekuasaan sesebuah Parti Politik,tak kira di Negara ini maupun di Negara-Negara di Dunia.
Pilihanraya kecil ini walaupun tidak dapat di elakkan Takdir dan Ajal-Maut kerana Kematian Adun Manek Urai bukan kehendak manusia.Semua ketentuan Ilahi tiada sesiapa dapat menolaknya.
Tetapi pilihanraya ini sekali lagi menemukan dua Parti Orang Melayu beragama Islam.Parti yang sememangnya menjadi dua Parti yang mewakili orang melayu..selalu saya sedih bila dua Parti ini bertembung.Ini kerana akan adalah caci,hamun ,fitnah menfitnah sesama sendiri,terutama di pihak Parti Pas.Akan bergegarlah kawasan Manek Urai tak kira siang atau malam.Ceramah-ceramah di sana-sini di ceruk pelusuk kawasan manek Urai ini.Tanpa mereka sedari mereka menelanjangkan saudara mereka sendiri,iaitu saudara sesama Islam.
Tapi demi Kuasa,Kekuatan dan Nafsu memerintah semua di buang dan di tolak ketepi.Sanggup memakan saudara seagama sendiri demi kepentingan sendiri.Sanggup menolak sesama Agama dan sanggup memeluk dan duduk sesama musuh Islam demi menegakkan keangkuhan diri.
Sedih sekali apabila mengenangkan mengapa umat Nabi akhir zaman ini,sebagai umat yang begitu istimewa sebagai Umat Nabi Muhammad bermusuhan,bertentangan pendapatan didalam arus pesada politik yang tiada kesudahannya.
Saya sedih mengapa para Ulama dan Pemimpin Islam tidak duduk semeja,tidak mahu bertentang mata bagi mencari satu titik penyelasaian dan bagi kemurnian Agama ALLAH yang indah ini.Di mana letaknya keindahan Islam itu.Di mana perginya nilai-nilai keperimanusiaan di benak kepala para Imam dan yang di katakan Pejuang Islam.
Saya sedih mendengar tempohari Presiden Amerika sendiri,Obama telah menyatakan bahawa beliau sesememangnya mengakui Malaysia sebagai Negara Islam yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan Agama.Obama juga mengagumi Negara Malaysia sebagai Negara Islam yang mempunyai berbagai bangsa dan Agama.Malaysia kata Obama amat isteimewa dan unik.
Apa lagi yang rakyat maupun Pemimpin dalam Parti Pas maukan,sedangkan malaysia sudah di akui oleh seorang pemimpin Bangsa Asing yang Besar seperti Presiden Obama.
Renung-Renung dan Fikir-Fikirkan lah wahai saudara seagama Islam sekelian.

Thursday, June 25, 2009

RAJA BERJIWA RAKYAT

Semalam saya menghadiri Majlis Perasmian Pakej Pelancongan Orang Asli oleh Kementerian pelancongan Malaysia di sebuah Kampong di Daerah Cameron Highlands.Seronok melihat orang kita dari setiap pelusuk kampung-kampung yang berdekatan di Daerah ini datang dengan bersemangat.Semangat mahu melihat dengan mata sendiri Raja yang di kasihi Tengku Mahkota Pahang,apa tah lagi di iringi Tengku Puan Pahang.
Seronok saya lihat mereka tersenyum puas melihat Raja yang berjiwa Rakyat.Tengku berdua tidak jemu melemparkan senyuman dan bersalam dengan rakyat suku kaum orang Asli tanpa kenal jijik atau kotor memegang kepala anak-anak orang Asli,memeluk dan mendokong mereka.
Saya berkesempatan bertanya kepada beberapa Orang Asli yang hadir,mereka amat berbangga dan amat menyayangi Raja mereka yang dianggap benar-benar berjiwa rakyat dan ikhlas kepada rakyat,tak mengira apa bangsa pun.Bagi mereka tiada yang lebih bermakna dari kesudian Tengku berdua mencemar Duli datang ke Majlis tersebut dan senyuman tak pernah surut di bibir Tengku Berdua sepanjang majlis berlangsung,walaupun dari jauh mereka datang dengan bersusahpayah dari pendalaman,tetapi mereka puas.
Diakhir majlis Tengku Puan Pahang sempat bersama-sama menarikan tarian tradisional Orang Asli dan menyampaikan sedikit wang kepada anak-anak Orang Asli sebagai tanda Tengku Berdua amat menyayangi rakyat jelata.

Monday, June 22, 2009

PETUALANG BANGSA

Malam semalam dalam buletin TV3,tiga tonggak Pakatan Rakyat keluar memberi kenyataan.
Salah seorangnya DSAI.Dengan wajah angkuhnya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Pepaduan adalah agenda jahat dari UMNO.Alahai DSAI awak tak bertanya ke kat orang sebelah
(Haji Hadi).Kalau pun Kerajaan Perpaduan tersebut benar-benar ingin direalisasikan,apa yang DSAI takutkan.Kalu awak benar-benar orang Melayu ( tak taulah kalau DSAI sudah menjadi Mat Salleh kerana selalu ke LUAR NEGARA)mengapa beria-ia benar menentang Kerajaan Perpaduan ini.Ada agenda lain terhadap PAS barangkali.
Dahulu DSAI menyerang,memecah-belah,membuat kekalutan dalam UMNO,sekarang DSAI menghasut dan memecah-belah pulak dalam PAS,apa agenda sebetulnya bagi seorang yang bernama DSAI .Baginya tiada anak bangsa di bumi sendiri.Bumi melayu yang telah banyak menyaksikan Perpaduan dan jatuh bangunnya anak bangsa melayu.
Dahulu begitu payah pejuang-pejuang nenek moyang kita membawa bangsa Melayu ke persada
Dunia.Dengan begitu mudah bangsa Melayu hendak di ketepikan hak-hak di Tanah tumpahnya darah bangsa Melayu.Bukan berbau perkauman,tetapi ini hakikat yang tak dapat dipertikaikan
oleh mana-mana kaum.
Tidak bolehkah rakyat Malaysia hidup seperti dahulu,aman dan damai.
Ada satu cerita yang di keluarkan oleh TV3,dimana orang Melayu mengagih-agihkan kuih yang dibuat kepada jiran-jiran tidak mengira bangsa Melayu,Cina dan India.Di mana keluarga Cina memberi ayam untuk di sembelih oleh orang melayu dan dibuat kari oleh orang India.Di makan sesama mereka dengan gembira bersama-sama.
Apa yang ingin di tonjolkan adalah untuk membuat sesuatu perkara (contohnya kari Ayam tersebut) perlukan kerjasama sesama manusia mengikut kepandaian dan kemahiran,budaya sesuatu kaum.Kuih Tradisional Melayu diagih-agihkan kepada jiran-jiran kerana ianya dimakan dan disukai oleh semua bangsa,Ayam diberi oleh Bangsa Cina yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang ternakan(contohnya),di sembelih oleh orang melayu dimana fahaman Keagamaan sesama kaum di hormati dan masakan kari adalah kepakaran orang-orang India.
Maka segala usaha dan gabungan dari semua bangsa Melayu,Cina dan India masakan Kari itu dapat di nikmati bersama-sama, tanpa dipertikaikan bangsa mana yang memberi lebih tenaga untuk membuat masakan kari tersebut.
Fahaman saya mungkin itulah apa yang ingin di sampaikan oleh Perdana Menteri kita,iaitu I Malaysia.Di mana bangsa Melayu tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri di samping kepentingan semua kaum tidak di ketepikan.
Harap DSAI melihat semua ini dengan mata hati.Bukan dengan mata dan teliga sahaja.
I Malaysia.

HARI BAPA

Semalam, kami menyambut hari bapa (yang kami panggil abah) dengan berkumpul adik-beradik di rumah warisan abah kepada kami dan mak.Tiada apa yang istimewa yang kami buat hanya berkumpul bersama mak yang kami rasa tak tahu pun semalam adalah hari bapa. Maklum mak orang kampung tak tahu apa itu hari ibu,hari bapa kerana zaman dulu-dulu tiada hari-hari istimewa bagi mereka.
Masih saya ingat abah memang garang orangnya.Semua adik-beradik sememangnya amat takut sekali apabila abah marah-marah.kami 4 beradik membesar tanpa kasihsayang yang di tunjukkan oleh abah.Tapi jauh di sudut hati kami tau abah amat menyayangi anak-anak.
Walau abah tak pernah tunjuk kasihsayang,tetapi sebagai anak kami tahu pengorbanan abah tidak ternilai dan kasihsayang abah sampai ke mati.
Walaupun kini tiada lagi kata-kata kasar,tiada lagi keruh wajah,tiada lagi kegarangan wajah,kami tetap sayangkan abah.
Al-Fatihah kepada Arwah Abah.
Abdul manaf Bin Abdul Samad