Wednesday, July 29, 2009

KEHILANGAN SAHABAT DAN TEMAN SEPERJUANGAN

Saya tersentak,kelu takala di beritahu tentang kehilangan seorang sahabat,teman sepejabat yang selama ini saya hormati sebagai "Orang lama dalam Jabatan".Terasa tak percaya rasanya,maklum ketika itu dalam perjalanan pulang bercuti dari kelantan bersama keluarga.
Selama ini beliau tiada menampakkan tanda-tanda menanggung sakit kerana sentiasa tenang,ceria dengan gurau-senda ketika bertugas bersama-sama dalam Pejabat...Sebetulnya telah lama kami tak berjumpa kerana di hambat kesibukan berkursus dari 9hb julai lalu hingga ke tarikh akhir beliau meninggal..Kebetulan pulak kami tak di beri kesempatan bersua.walaupun satu Pejabat.
Hanya yang terakhir kali saya menghubungi beliau dari hotel tempat berkursus memaklumkan satu seminar yang perlu beliau hadiri pada hari Khamis 23hb julai 4 hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari ahad 26/07/2009,pukul 5.40 petang di Pantai Medical Centre,Kuala lumpur.
Selamat tinggal Mr.Parimanan Sinnan........

Wednesday, July 15, 2009

KEKALAHAN YANG TIDAK DI TANGISKAN

Kemenangan PAS di Manek urai tidak dapat mengapankan lagi UMNO,seperti yang di war-warkan oleh PAS dalam kempen-kempen mereka selama ini.Kemenangan 65 undi PAS amat memalukan.
Jadi kekalahan BN di Manek Urai membakar semangat bukan di tangiskan.